Trip yang asalnya nak ke Wakatobi, kami decide nak ke Pulau Laskar Pelangi. Makanya, bertolak lah kami ke Palembang. Bermulalah Kembara Laskar Pelangi.
Bagaimana nak ke Pulau Belitung (Laskar Pelangi)?
1. Cara mudah dan standard untuk ke Pulau Belitung : Flight ke Jakarta. Dari Jakarta ke Tanjung Pandan (airport di Pulau Belitung). Cara mudah ni sedikit mahal. Anggaran dalam RM500-RM600. Itu pun kalau flight dari Kuala Lumpur ke Jakarta murah.
2. Cara murah tapi gila : KL-Palembang-Bangka-Belitung-Bangka-KL Disebabkan kami memang jenis bajet habis kami ambil route ni sebab nak saving. Alih-alih bila tgk timing macam tak cukup, jadi kami spend banyak duit utk beli tix flight yg banyak.
KL- Palembang – KL (Airasia) :- RM128/pax (all-in)
Flight kami dari Kuala Lumpur dalam pukul 5petang. Tapi delay dalam sejam. So berlepas jam 6 ptg. Layan awan nano petang dulu.
Bila sampai di Palembang, dah nak senja. Buat pertama kalinya, kena tahan kat imigresen sebab tak print tiket balik. Lama gila dia tahan. Pastu mengelabah dan kerek nak mampus. Pastu habis barang-barang kena geledah satu per satu. Motif? Tak tahu lah kenapa imigresen Palembang memang kekwat macam tu.
Disebabkan jenis hardcore takmau nak book bilik in advance, kami akhirnya end up kena tipu dengan driver taxi di Palembang. Mulanya kami memang kononnya nak scout for cheapest rooms. Tapi majoriti hotel di Palembang memang mahal gila dan antara satu hotel dengan hotel yang lain mmg bukan walking distance. Bila taxi bawak ke hotel yang first, bilik yang mampu tidur dah habis. Jadi kami pun terus berpusing-pusing ke hotel lain dgn taxi. Ni memang helah taxi driver tu, lagi banyak hotel dia bawak kami, lagi banyak caj yang dikenakan. Walaupun pada asalnya kami mmg setuju dgn harga IDR100,000.00, bila dia nak blah taxi mintak IDR200,000.00(MYR64.50) sebab kami byk pusing-pusing kota. Bayar jelah sebab malas nak gaduh-gaduh.
Makanan kat Palembang ni boleh dikatakan mahal berbanding dengan Jawa. 2 nasi & 1 mee berharga IDR68,000.00 (MYR22.00). Bukan makan dekat restoran mewah pun. Makan kat kedai tepi jalan.
Akhirnya kami pun dapat Hotel Permata dengan harga IDR225,000.00 (YR72.50). Nampak macam kami je pengunjung dekat hotel tu sbb horror gila hotel. Hotel ni banyak lipas terbang!! Esok awal-awal pagi dalam pukul 7pg kami dah terpacak depan hotel tunggu taxi yang kami book. Supir tu memang baik. Perjalanan yang ambil masa dalam 20min dia charge dalam IDR80,000.00/taxi (MYR25.80). Domestic airport departure tax untuk Palembang adalah IDR36,000.00/pax (MYR11.60)
Dalam pukul 8.00pagi, kami pun naik flight Sriwijaya Air dengan berbekalkan muffin dan mineral water kecik. Bab ni, Airasia memang patut belajar daripada flight Indonesia. Flight dari Palembang ke Bangka bukannya jauh sangat pun. Hanya 1 jam. Muffin dengan mineral water ni dia bagi bila kita nak masuk flight dan bungkus dalam paperbag. Sapa nak makan, makan. Sapa taknak, boleh tapau bawak balik. Berapa duit sangat kan kuih sepotong dgn mineral water.
Pulau Bangka: Kapal Cepat Express Bahari
Sampai saja di Kepulauan Bangka, terus kami ambil airport taxi untuk ke Pengkalan Balam sebab nak beli tiket feri ke Pelabuhan Laskar Pelangi (Pulau Belitung). Tiket ferry yang kami dapat berharga IDR167,000.00/pax (MYR 53.85). Ferry yang kami nak naik ni namanya Kapal Cepat Express Bahari. Satu feri setiap hari kecuali hari Selasa. Feri bergerak dalam pukul 1.30ptg.
Since kami masih ada beberapa jam sebelum naik feri, makanya kami bersetuju untuk jalan-jalan sekitar Pulau Bangka dengan Supir Iwan. Ternyata kami bakal ditipu lagi.
Katanya, semua pantai di Pulau Bangka tidak kurang cantik daripada Pulau Belitung mahupun Bali.
Tapi bila kami sampai di pantai-pantai yang dikatakan cantik tu, terlopong kami bila tengok pantai yang airnya berwarna coklat dengan kesan perlombongan timah. Kalau inilah yang dikatakan cantik tu, pantai di Port Dickson atau Pangkor jauh lebih cantik.
Ok, tengok budak ni sampai menguap bosan tengok Pantai Pasir Padi.
Kemudian, bila dibawa ke pantai seterusnya, terus rasa nak amuk bila tengok takde beza pun dengan pantai yang sebelum ni.
Dengan melawat ke tiga pantai yang tak cantik manapun, kami terus dibawa ke rumah makan padang. Kemudian dihantar ke Pengkalan Pangkalbalam. Burn duit sebanyak IDR300,000.00 (MYR96.80).
Tak sangka kami kena tipu habis-habis dari mula sampai lah berangkat ke Bangka. Memang besar sgt harapan untuk Pulau Belitung menjanjikan yang terbaik kepada kami. Perjalanan yang kami tempuh nak ke Pulau Belitung dari Pulau Bangka dengan Kapal Express KM Bahari tu ambil masa selama 6 jam. Kus semangat. Nak tercabut jantung bila feri kecil tu terlambung-lambung dek gelombang tinggi. Dah la kami disuruh duduk di tempat bekerusi yang panas dan berkepam. Ada pulak makhluk yang duduk di tepi tingkap, yang kecerdikan akalnya setakat meletak kaki yang berbau di tingkap. Orang yang duduk di bahagian dalam, hanya dapat udara kaki yang tercemar bau.
By now, dah boleh tukar nama trip Kembara Laskar Pelangi kepada Kembara Sabor Je Lah.
Ok kita sambung cerita sampai di Pulau Belitung dalam next post.
22 Comments
Oh gitu pulak kaedahnya.
Pantai Bangka tu tak elok?
Mahalnya makanan di sana! Agaknya mereka charge mahal pada orang Malaysia. Dia orang ingat kita ni banyak duit.
Di Indonesia imigresennya selalu nak tengok tiket balik kita. Masa saya sampai di Surabya pertama kali hari tu pun mereka minta, tapi nasib baik ada. Kali kedua masuk Surabaya kami cuma simpan dalam android saja tiket tu, tapi masa tu dia orang tak tanya lagi dah. Agaknya pertama kali masuk saja mereka nak tengok print out tiket tu.
Kenapa ya mereka suka ambil kesempatan pada orang luar? Kes-kes macam ni selalu berlaku pada saya bila berada di mana-mana di Indonesia.
Pantai-pantai di Bangka Belitung ni rata-rata dah tercemar sebab industri bijih timah yang berleluasa. Palembang ni antara tempat wisata yang mahal di Indonesia. Padahal memang kami bayar harga local tu. Memang mahal macam tu. Tak semurah di Kepulauan Jawa.
Nak dijadikan cerita pengalaman kena tahan kat imigresen tu pertama kali dalam berbelas-belas trip ke Indonesia. Rasanya dia tengok tempat. Sebelum-sebelum ni memang okay. Cuma lately je yang jadi strict melampau. Tapi memang dh buat mental note, next time nak fly mana-mana print siap-siap.
fara br up ke trip ni…rase nye mcm da lame kan??ok next story please…
Trip ni pergi bulan lepas. Takde lah lama sgt berbanding dengan post lain. 🙂
am sad to read this. huhuhu.. maybe u just met the wrong kinds of people. Am heading to palembang this year too… but ermm.. hope it isn’t dreadful.
Mungkin lah. Tapi takkan jumpa wrong set of people the whole of the journey. Somehow or rather, ada je yang tertipu dan ditipu.
Sungguh mencabar! Lipas terbang paling gua takuti.. huhuhu meremang bulu rome if nampak sekor pn…
Hahaha. Dalam trip ni, ada lagi episod ngeri dari lipas terbang.
hotel dipalembang banyak.. kenapa milih itu hotel ? saya orang palembang
Kerana dibawa Pak Supir ke sana. Rata-rata guesthouse di Palembang tidak bisa share bertiga sebilik. Apa rekomendasi hotel di Palembang ya?
salam geng pertama bila saye da baca tentang pengalaman saudari farah kita ni saya rase simpati n marah bila ditipu oleh local2 or org teksi,itu sebabnya contact atau kita ada kenal2 dgn mber2 disetiap negara yg kita mau pergi mcm saya klau nak ke sesuatu negara saya akan contact terdahulu mber2 saya dan bilang ke mereka mane temat yg kita mau pergi nanti mereka akan survey dahulu atau tanya ke kawan2 meraka dri situ kita da senang bila nak ke temat yg dituju,biasa nya kawan sya sendiri akan ikut skali bila nak ke tempat yg kita nak pergi so senang tidak ditipu.saya harap kita dpt la kongsi lgi pengalaman mengembara di negara org.
Kebiasaannya memang saya akan contact locals untuk minta pandangan dan bantuan. Tapi memang dah usaha tapi susah nak dapatkan maklumat bagi kawasan-kawasan terpencil macam Kepulauan Bangka Belitung. Mostly adalah tour agents yang bagi harga mahal-mahal kerana tahu kita pelancong Malaysia. Rata-rata kawan dari Indonesia sendiri belum pernah ke sana. Maklumat dalam internet pun terhad. Jadi nak tak nak memang kena redah dan menimba pengalaman sendiri di tanah orang. Sebab itulah saya menulis untuk berkongsi.
(1)’kl-palembang-bangka’murah tapi gila??yg ni MCM MANA CARA die??still naik flight gk ke or de ikut jln darat gk??..agk bpe hari klo guna route ni..?n bpe bajet..
(2)bab kuih sepotong n air mineral tu mmg setuju sgtt:)
1) Palembang ni dalam Kepulauan Sumatera. Bangka satu pulau yang hanya boleh pergi melalui jalan air atau udara. So memang kena naik flight atau ferry. Dalam trip ni, kami naik flight dari Palembang ke Bangka. Dan dari Bangka ke Belitung, naik feri.
Route yang kami guna tu ambil masa 6H5M. Anggaran bajet dalam 1k satu kepala all-in. Nanti perincian bajet saya dah kira semua, saya up kat dalam blog ni ok.
2) Takpe, sekarang ni dah ada option. #Malindo Air. Memang best.
Salam.
babe,I’ve been there last January 2013.
Superb lah.For me layanan memang ok ja.
Agent pun layan ok.
Plan nak ulang trip lagi.he he he
Bagus lah kalau you have positive experience. But for me, it was a disaster. Cukup lah sekali nak ke sana. Kitorang memang travel jenis tak guna agent. So maybe sebab tu lah kut. But we personally think Belitung Island is only Indah Khabar Dari Rupa.
Hi, thank you for visiting Bangka! It’s my hometown 🙂
Truthfully in bangka, there are many beach with good view and it’s free!
Maybe you get bad experience because you choose wrong travel agent, i hope you can get good experience for second visit 😉
Wah, your hometown? Bangka wasn’t really part of the trip. We had to go to Bangka and took the boat because the airfare to fly direct to Belitung was expensive.
We must have met the wrong people during our stay in Bangka. I know there are many beautiful beaches in Bangka. But we didn’t have much time to explore.
If I were to visit again, I’m sure gonna look for you for recommendations!
Hi,
I nak gi Pulau Belitung this Friday. Flight KL – Palembang.
Boleh suggest tak mcm mana nak pegi ke Pulau Belitung without taking flight? I mean ada tak Ferry/ Boat Service dari Palembang ke Pulau Belitung?
And ada tak room yg murah2 dekat Belitung since I plan to stay there for 10 days?
Ada ferry tapi ke Bangka. From Bangka ke Belitung. I tak sure kalau ada direct ferry to Belitung from Palembang.
Di Belitung, I tidur di Hotel Citra di Tanjung Pandan dalam bandar, senang nak cari makan dll. http://belitung.yogyes.com/id/places/69/
Knowing that Bangka beaches is so famous, I’m quite surprised to see the photos! We considered visiting Bangka too, but decided to skip it and stay longer in Belitung instead. Guess we made the right choice.
Thank you for your comment.
Maybe I did not do justice to Bangka beaches. I had once told by a friend who lived in Bangka that we were brought to the wrong beaches. The beautiful beaches are far off from the Bangka town. But to be honest, I would not go back to Bangka regardless.