Menu
Categories
Pulau Lengkuas
Island Hopping Belitung
July 24, 2013 Indonesia

Ini adalah sequel daripada Kembara Laskar Pelangi , Dari Bangka ke Belitung , Day 3 – Tanjung Pandan ke Manggar. Tapi kali ini saya nak cover Island Hopping Belitung pula.

Setelah kami melawat SD Muhammadiyah Laskar Pelangi dan juga Muzium Kata Andrea Hirata, kami meneruskan Kembara Laskar Pelangi dengan island hopping di pulau-pulau di persekitarannya. Kami masih lagi menyewa motor dari Hotel Citra tapi kali ini kami bersendirian mencari jalan ke Pantai Tanjung Kelayang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Signboard jalan kejab-kejab hilang menyebabkan kami perlu berhenti bertanyakan arah.

Island Hopping Belitung

Semasa tiba di Pantai Tanjung Kelayang, kami mendapati tidak ada orang mahupun pengemudi bot. Akhirnya kami disapa oleh seorang anak muda yang bertanyakan samada kami memerlukan bot untuk island hopping. Beliau kemudiannya memanggil kawan beliau yang merupakan pengemudi bot. Harga tidak boleh ditawar. Tetap IDR400,000.00 satu bot kecil sepanjang hari penggunaannya. Disebabkan jam sudah pukul 10pg, kami terasa sedikit rugi.

Ketika parking motor, saya terlihat satu iklan yang menyokong pesanan makcik dalam kapal terbang ke Bangka berkenaan dengan isu pukau dan hipnotik yang menjadi amalan dan kepercayaan orang di Bangka Belitung.

Amaran Hipnotik

Pesona Pantai Tanjung Kelayang. Panas terik makin memeritkan kulit tetapi disebabkan keinginan untuk pergi ke Mercusuar (Rumah Api) di Pulau Lengkuas kami gagahkan juga menahan teriknya matahari. Dengan menyewa bot, kami diberi kuasa untuk memilih mana-mana pulau yang berhampiran dengan Pantai Tanjung Kelayang. Sebelum bertolak, kami sempat menikmati pesona Pantai Tanjung Kelayang dan penghuninya. Ternyata pasir putih dan pantai yang tenang boleh membuatkan kami tenang rentetan peristiwa-peristiwa pahit yang kami alami sepanjang Kembara Laskar Pelangi.

Pantai Tanjung Kelayang

Pulau Burung

Pulau Burung

Semasa membuat island hopping Belitung ini, kami dapat menikmati keindahan Pulau Burung dari Pantai Tanjung Kelayang. Kami ingin ke sana dalam perjalanan pulang. Namun ketika pulang setelah ribut melanda, kami terpaksa melupakan hasrat untuk ke Pulau Burung. Pulau Burung ini mendapat namanya apabila batu-batu granit yang menjadi titik asas pulau ini mirip bentuk seekor burung yang sedang mengeram telurnya. Di tengah-tengah pulau ini, terdapat telaga yang dapat ditemui ketika air surut.

Pulau Ajil/Pulau Babi/ Pulau Kepayang

Dari Pantai Tanjung Kelayang, lokasi pertama bagi island hopping Belitung adalah Pulau Kepayang. Bot kami berhenti di tepi batu dan berlabuh di pasir putih. Pulau Kepayang adalah salah satu-satunya pulau yang berpenghuni selain Pulau Lengkuas. Yang menariknya di Pulau Kepayang ini, terdapat penangkaran penyu sisik (hawksbill turtle) dan terumbu karang.

Penangkaran Penyu Sisik

Kami diberi peluang untuk memberi makan kepada penyu-penyu. Penyu-penyu ini tidak boleh disentuh atau dikacau kerana ianya sangat sensitif. Di Pulau Kepayang, terdapat bungalows dan cottages yang mengadap pantai yang berharga sekitar IDR250,000 ke IDR 400,000.

Di sini juga kami mengetahui bahawa kami bukan sahaja boleh membuat “Island Hopping Belitung”, malah kami juga boleh diving di sini. Di Pulau Kepayang, terdapat fasiliti untuk menyewa peralatan diving.

Β Pulau Lengkuas

Di Pulau Lengkuas ini terdapat sebuah rumah api yang tingginya 62 meter. Pemandangan di Pulau Lengkuas sangat lah cantik. Ini adalah view paling indah di Belitung. Make all the troubles we faced in Bangka Belitung worth facing. Bayangkan bila tiba di setiap tingkap, kami akan mengintai di tingkap-tingkap untuk melihat pemandangan yang indah. 360 degree ok. Selepas menghayati permandangan dari rumah api di Belitung tersebut, ada badai melanda yang membuatkan kami terdampar di surau. Ada jugak lah dalam 3 jam menunggu.

Pulau Lengkuas

Pulau Lengkuas

Di Puncak Lighthouse Lengkuas

Selepas itu, kami mengambil kesempatan untuk snorkelling di kawasan pantai berhampiran dengan Pulau Belitung.

Pulau Aji Kecil & Pulau Padi

Disebabkan kami terkandas terlalu lama di Pulau Lengkuas, kami hanya berkesempatan ke Pulau Aji Kecil & Pulau Padi. Pulau Aji Kecil saiznya begitu kecil tetapi di sinilah pelbagai jenis tapak sulaiman dijumpai. Baby pulak takut dengan tapak sulaiman, langsung dia tak enjoy nak snorkelling. Sebab geli katanya. Pulau Padi ni pertemuan sungai dan laut. Sebenarnya Pulau Padi kelihatan seperti beting pasir tidak jauh dari pantai. Di sebelah beting padi, air nya hitam. Sebelah lagi airnya air laut.

Hotel Citra – hotel yang kami menginap selama di Belitung. Standard backpackers.

Dengan adanya post ini, maka berakhirlah kisah pengembaraan kami ke Negeri Laskar Pelangi.

"5" Comments
  1. MasyaAllah. Cantiknya view dari menara api tue. Speechless sangat-sangat.

  2. Nice blog, awesome post πŸ™‚ thank you for writing about Indonesia. I live in Palembang, don’t hesitate to contact me if you have a chance to visit Palembang πŸ™‚ I went tpo Belitung in 2013 and… yes, it’s a beautiful island.

  3. Really beautiful! I agree that Pulau Lengkuas has marvelous views. On top of that, I really love Tanjung Tinggi, Pantai Penyabong and Danau Kaolin too.

Leave a Reply
*