Siapa yang tidak kenal dengan Laskar Pelangi? Sebuah filem hebat tentang persahabatan yang indah dengan kata-kata pujangga. Dengan lagu Laskar Pelangi yang dinyanyikan oleh Nidji memang catchy dan meaningful.
Laskar Pelangi… Takkan terikat waktu… Jangan berhenti mewarnai…Jutaan mimpi di bumi….Menarilah dan terus ketawa… Walau dunia tak seindah surga… Bersyukurlah pada yang kuasa… Cinta kita di dunia…
Trip ke Laskar Pelangi kali ini memang telah terinspirasi dari filem Laskar Pelangi atau nama Inggerisnya The Rainbow Troops.
Banyak yang bertanya, benarkah wujudnya pulau Laskar Pelangi? Memang wujud. Tapi Pulau Laskar Pelangi ni berada di kejauhan berbanding lokasi-lokasi lain seperti Medan dan Acheh. Lokasinya lebih terpencil di Selat Melaka. Bahkan, Lonely Planet pun masih tak meliputi Pulau Belitung yang bahasanya mirip bahasa Malaysia dengan dialek e pepet. Berlainan dialek dan bahasanya dari tempat-tempat lain di Indonesia. Percakapan di Pulau Belitung seperti Melayu zaman P. Ramlee.
Serba sedikit berkenaan Pulau Belitung ni, kebiasaanya traveler akan datang ke Pulau Belitung melalui flight dari Jakarta. Tapi ada jalan-jalan alternatif lain seperti melalui Palembang. Route yang saya ambil untuk pergi ke Pulau Laskar Pelangi. To be honest, Kembara Laskar Pelangi ni sedikit expensive berbanding dengan travel di Indonesia yang lain. Mana taknya pulau kecil yang kaya – pengeluar timah terbesar. A journey penuh dengan pengalaman. Ini pertama kali saya ke Sumatera. So boleh dikatakan saya expect sesuatu seperti di Kepulauan Jawa. Ternyata berbeza! Kalau nak tahu pengalaman-pengalaman dan keindahan Pulau Laskar Pelangi, stay tune for more ya!
TEASER LASKAR PELANGI
Cantik kan? So no wonder lah saya lihat banyak travel bloggers yang buat wish list nak ke pulau ni. Nantikan perjalanan kami ke pulau yang jauh nun di Selat Melaka. Dalam Kembara Laskar Pelangi ni juga, kami ada pergi ke Muzium Kata Andrea Hirata. Ah, puitis nya bahasa beliau. Sangat romantis lagi nolstalgic. Rainbow troopers ni diterjemah kepada lebih 100 bahasa. Bayangkan betapa besarnya peminat Andrea Hirata. Tak nak cerita lebih-lebih, nak tau lebih lanjut tunggu cerita seterusnya.
17 Comments
Indahnya tempat permainan Si Laskar Pelangi! Terpegun! Seperti dalam mimpi. Dan Muhammadiyah yang menyimpan seribu kenangan!
* Sedang berupaya untuk menghabiskan karya agung Andrea Hirata – Sang Pemimpi selepas Laskar Pelangi, Maryamah Karpov dan Sebelas Patriot.
View daripada lighthouse tu memang superb. Walaupun kitorang stranded kat situ lebih kurang 3 jam sebab ribut.
Tak pernah lagi baca sebelas patriot tu. Kena cari lah bukunya.
SubhanaALLAH…. sangat cantik air laut dia!!! biru yang sgt crystal clear abes nih. heard abt the song. tapi xtau la pulak ianya dari sebuah novel.
Kawasan ni je yang view superb. Yang selebihnya… no comment. Kena tunggu post seterusnya.
Mula-mula novel, pastu buat movie, lagu, drama series, teater. Jalan cerita mmg best.
Aduhhh, belitung tu..saya jelous!!!
Jangan jealous. Pergi & tgk sendiri kepulauan belitung tu. 🙂
Salam,
Wah dah sampai Belitung! Bestnya. Ada jumpa Andrea Hirata?
Saya tak sampai lagi di Belitung. Tapi saya dah baca novel, tengok filem berkali-kali, dan dah jumpa Andrea Hirata, makan-makan, berbual-bual dan berseminar dengannya.
Nanti tulislah cara-cara ke sana supaya senang saya ke sana nanti 🙂
Andrea Hirata tak jumpa. Dia baru je balik weekend sebelum tu. Samalah kita tgk filem berkali-kali tu. Untungnya dapat jumpa Andrea Hirata.
Wow cantek nye…terpaksa cari cerita dan lagu laskar pelangi, sb memang xpenah tgk huhuhu
Dekat youtube ada cerita tu. Dgn sequel nya – Sang Pemimpi.
Memang indah sekali Belitung. Tapi sayangnya memang sangat expensive. Untuk mendapatkan teman couchsurfing pun masih sulit sekali di sana jika dibilang tak ada.
Saya tunggu Kembara Laskar Pelangi selanjutnya, Farah. 🙂
Bagi saya lebih expensive daripada Bali. Memang hari itu ke sana, tercari-cari teman couchsurfing nya. Yang ada, cuma di kepulauan Bangka. Di Belitungnya, tak ada couchsurfing. Hotel pun mahal ya di sana melainkan ambil paket.
Aduhhh terasa nak karaoke pulak lagu Laskar Pelangi!
Hahaha, betul-betul ambil feel nak ke sana ni. 🙂
but still.. the pictures are marvelous! hehehe
Teaser mestilah letak gambar yang cantik. Hahaha.
Hi Dear
Where is this place lication,,macamana nak ke tempat ini,, by flight or boat?
Thanks