Museum Kata Andrea Hirata adalah tarikan pelancongan yang terbaru di Kepulauan Belitung, secara khususnya terletak di Jalan Laskar Pelangi, Nombor 7, Kecamatan Gantong, Belitung Timur.
Siapa yang tidak kenal dengan Andrea Hirata, penulis yang merevolusikan kesusasteraan serta impian dan cita-cita muda-mudi Indonesia yang juga tersebar di seluruh dunia. Kalau dulu, ramai anak mudi yang takut bermimpi dan menyimpan cita-cita, dengan adanya penulisan Andrea Hirata, sekerdil manapun manusia masih bisa bermimpi. Tak ramai manusia dalam dunia yang mampu mengaspirasikan kita semua seperti mana Andrea Hirata.
Apabila Kak Dwi berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah berwarna putih, mata kami terus terpandang sebuah sepanduk bewarna oren yang Museum Kata Andrea Hirata – The Most Inspiring Place. Jaga-jaga kami bakal ke tempat yang digelar The Most Inspiring Place. Masuk adalah by donation. Seikhlas hati lah maksudnya. Sebenarnya rumah yang menjadi Museum Kata Andrea Hirata ini adalah rumah di mana Andrea Hirata dibesarkan.
Setiap sudut di dalam Museum Kata Andrea Hirata ini menunjukkan karya-karya beliau melalui frame pelbagai saiz yang tergantung memenuhi dinding. Seperti di muzium, masa diambil untuk membaca setiap apa yang tertera dalam setiap bingkai. Based on experience, kami masing-masing berpecah dan mengambil feel dan menghayati karya-karya beliau. Senang cerita, memang terasa inspirasi tu.
Sekilas dalam Museum Kata Andrea Hirata:-
Babak-babak dalam cerita Laskar Pelangi
Kulit buku Laskar Pelangi yang telah diterjemahkan
Kata-kata inspirasi
Cerita pendek
Warkop
Di bahagian belakang rumah, ada satu bilik yang dilabelkan sebagai kamar Andrea Hirata.
Ada juga satu warung kopi (singkatannya “warkop”) yang mana pengunjung boleh minum kopi dengan suasana yang kampung. Apatah lagi kopi Belitung yang terkenal tu.
Di belakang Museum Kata Andrea Hirata, ada satu rumah yang dijadikan bengkel untuk program-program Andrea Hirata.
To be honest, Museum Kata Andrea Hirata ni memang menjadi satu highlight dalam Kembara Laskar Pelangi kami.
Tips: Kalau anda berkesempatan ke sana, di kawasan inilah anda berpeluang berjumpa dengan pelakon-pelakon dalam cerita Laskar Pelangi. Malang sekali dalam trip ini, kami tak tahu. Kak Dwi, guide kami pun tak ambil langkah proaktif. Hanya tahu semasa dalam van mahu ke airport.