Menu
Categories
Sekolah Laskar Pelangi
March 22, 2013 Indonesia

Dari Vihara Dewi Kwan Inn, kami mengharung panas terik yang juga bahang pantai ke Kecamatan Ganting di Belitung Timur untuk jejak Sekolah Laskar Pelangi yang juga dikenali sebagai SD Muhammadiyah Gantong. Untuk pengetahuan semua, cerita Laskar Pelangi tertumpu pada anak-anak desa yang nekad belajar walaupun di sebuah sekolah usang yang pelajarnya pun kurang dari 10 orang. Nekad akhirnya menjadikan anak-anak desa itu mampu bermimpi dan menyimpan cita-cita.

Sekolah Laskar Pelangi (1)

Sekolah Laskar Pelangi

Sekolah Laskar Pelangi

Kami dimaklumkan sekolah asal SD Muhammadiyah sudah tidak ada lagi. Tapi terdapat beberapa replika sekolah yang sama di Gantong. Pada mulanya, kami dibawa ke sebuah kawasan lapang dengan pokok yang tumbuh jarang-jarang. Di situ tersergam sebuah sekolah usang dikelilingi oleh taman permainan. Detik hati saya, mungkin sekolah itu telah direnovasikan. Sekolah tersebut berkunci dan kami melihat di celahan retakan kayu dan alang-alang kayu berukir, ternyata di dalamnya adalah sebuah tadika. Kami hanya mengambil gambar di persekitaran sekolah tersebut.

Sekolah Laskar Pelangi (2)

Replika Sekolah Laskar Pelangi

Seterusnya, kami dibawa ke sebuah lagi replika yang dikatakan digunakan untuk Drama Bersiri Laskar Pelangi. Saya tidak menonton drama bersiri ini. Tapi bangunan sekolahnya lebih gah daripada yang sebelumnya. Di daerah Selingsing ini, kami terlihat sebuah rumah papan terbiar yang disendal dengan dua batang pokok balak di tengah-tengah lautan pasir putih. Apabila guide kami memasuki kawasan tersebut untuk parking motor, kami tahu kami sudah jumpa apa yang kami cari. Di sini, memang tak ada langsung papan tanda atau petunjuk arah. Kalau bergerak sendiri, sahih sesat.

Sekolah Laskar Pelangi

Bagaikan kanak-kanak, kami masing-masing excited menuju pintu gerbang yang juga tiang gol bagi drama bersiri Laskar Pelangi tersebut. Bagaikan terbayang-bayang aksi Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Borek, Shahdan, Trapani, A Kiong, Sahara, Harun dan Flo dan juga Ibu Muslimah di Sekolah Laskar Pelangi.

Ada beranda kecil di bahagian kiri sekolah Laskar Pelangi tersebut. Ajaibnya ada rangka basikal di atapnya. Tidak ada bunyi atau tanda kehadiran manusia langsung melainkan jeritan kanak-kanak yang sedang mandi di tasik yang berdekatan.

Laskar Pelangi

Di bahagian hadapan sekolah, ada tergantung Sekolah Laskar Pelangi. Entah kenapa, terlalu banyak lebah di kawasan sekolah ini.

SD Laskar Pelangi

Kami kemudiannya memasuki bahagian dalam sekolah Laskar Pelangi tersebut. Kerusi dan meja kayu bersimpang siur seperti telah ditinggalkan terlalu lama. Sayang, tempat yang digilai oleh ramai termasuk orang Malaysia kini hanya sekadar rumah usang terbiar. Papan tulis, meja dan kerusi dan juga almari masih ada di Sekolah Laskar Pelangi tersebut.

Sekolah Laskar Pelangi

Sekolah Laskar Pelangi

Sayang seribu kali sayang, tempat yang mempunyai potensi pelancongan yang tinggi dibiarkan usang ditelan zaman.

Next post:- Muzium Kata Andrea Hirata

"6" Comments
  1. Memang inilah sekolah dalam filem Laskar Pelangi itu. Ini mengingatkan saya tentang Bu Mus, Ikal, Lintang dan kanak-kanak yang lain di sekolah ini.

    Barangkali itu basikal Lintang.

    Di tangan saya ada novel Laskar Pelangi dan di mukasurat depannya ada tandatangan Andrea Hirata. Saya dapat novel ini percuma diberikan oleh Persatuan Mahasiswa Indonesia kerana saya diundang oleh mereka untuk memberi ceramah tentang adaptasi filem ini. Andrea Hirata juga diundang dalam majlis itu, jadi beliau telah sign novel itu untuk saya. Jadi dalam majlis itu saya dan Andrea Hirata adalah panel penceramah. Ia dibuat di USM, Penang dan dihadiri oleh ramai orang. Satu pengalaman dan peluang yang sukar untuk diperolehi.

    Ramai orang tidak menghargai sejarah filem. Sama juga dengan studio Jalan Ampas di Singapura yang telah melahirkan seniman filem berbakat, tetapi studio itu ditinggalkan usang dan akhirnya dirobohkan.

    • Wah ada buku yang ditandatangani oleh Andrea Hirata. Saya impressed akak beri ceramah adaptasi filem Laskar Pelangi. Mesti menarik ceramah tersebut. Saya sndiri baru tahu ada ceramah adaptasi filem tersebut dibuat di Malaysia.

      Orang kita bukan sahaja tak pandai menghargai sejarah filem, bangunan warisan pun dirobohkan demi pembangunan. Apatah lagi tempat-tempat penggambaran filem.

  2. Suka giler dengan cerita Laskar Pelangi dan cerita sambungannya jugak best. Tak sangka skolahnya masih ada ye.

  3. wwwwoooww farah!
    when I read this note, just take me to the moment I enjoyed Laskar Pelangi book and movie!
    so awesome! thank you for sharing your story 🙂

Leave a Reply
*