Baru-baru ini berpeluang join activity diving-based yang dikenali sebagai Start in Tioman. Start in Tioman ni program yang besar bagi event diving. Disebabkan Start in Tioman ni dah masuk tahun ke-4, penyertaan untuk join program Start in Tioman 4.0 memang ramai. Kami bernasib baik sebab dapat peluang untuk hadir selaku media bagi program Start in Tioman 4.0.
Perjalanan ke Tanjung Gemok Jetty
Lepas kerja kami terus bergerak ke Tanjung Gemok Jetty dan bertemu dengan rakan-rakan diving yang lain yang diketuai oleh En. Wan, Zura dan Yam untuk car-pool sebab kami tidak tahu jalan untuk ke Tanjung Gemok. En. Wan nak lalu ikut Bandar Muadzam tapi sebab terlalu gelap, kami tersalah simpang dan terus keluar melalui Gemas dan keluar di Rompin. Berputar-putar alam, akhirnya kami sampai di Jetty Tanjung Gemok dalam pukul 4 pagi. Disebabkan pintu masuk jeti pun masih tutup, kami mengambil keputusan untuk tidur dalam kereta di stesen Petronas yang berdekatan.
Pendaftaran
Tepat jam 6pg kami pun bergegas memasuki kawasan jeti di Tanjung Gemuk. Boleh dikatakan parking pun dah kena parking kat hujung-hujunglah. Bayaran parking adalah RM10 semalam dalam kawasan Tanjung Gemuk jetty. Not bad lah kan. Kami pun memeriksa nama di papan yang disediakan, kemudian melakukan pendaftaran. Pendaftaran cuma kena isi borang dengan exemption of liability document. Kemudian yang mana tak jelaskan fee lagi, kena buat full payment. Untuk leisure dive, 6 dives inclusive of accomodation sebanyak RM550.
Nervous jugaklah sebab saya ni beginner je. Lepas dapat lesen bulan empat hari tu, takde langsung turun buat fun dive dekat mana-mana. Yelah taknak la menyusahkan sesiapa dalam program Start in Tioman ni.
Start in Tioman
Ferry ke Tioman dalam pukul 9. Boleh tahan besar jugak lah ferry ke Tioman ni. Harga feri adalah R35 sehala. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. Bila tiba je dekat Jeti Kampung Genting, cuaca diselubungi jerebu yang masih menebal. Jerebu ni memang tak dapat nak dielakkan lah sebab event dah save date lama. So terpaksa menerima keadaan dengan seadanya dengan harapan visibility underwater baik. Kalau underwater pun seakan-akan jerebu, lagi sadis dibuatnya.
Sampai saja kami dihidangkan dengan sarapan pagi, tak lama lepas tu ada opening speech daripada owner Damai Tioman Resort, Tuan Syed Rizalman b Syed Abu Bakar.
Untuk pengetahuan, sepanjang program Start in Tioman, para peserta akan tinggal di Damai Tioman Resort. Ada yang dapat quad sharing untuk chalet yang besar ada yang twin sharing. Sebelum ada pembahagian bilik, kami kemudiannya dibahagikan mengikut kumpulan diving masing-masing. Ada beberapa kategori peserta untuk program Start in Tioman ni, ada yang datang sebagai student open water dive course certified by PADI, ada peserta leisure dive, ada crew, ada snorkellers, ada media.
Selepas lunch, saya mendapat bilik yang boleh tahan best nya jugak. Sea view bebeh. Second floor. Siap ada verandah.
Start in Tioman : Voluntourism
Setiap tahun Start in Tioman ada tema yang tersendiri. Untuk Start in Tioman 4.0 ni, tema nya adalah Voluntourism. Dalam konteks voluntourism, lebih kepada sambil-sambil bercuti kita selit dengan unsur-unsur volunteerism seperti membersih laut ie. underwater cleaning macam yang dibuat oleh peserta Start in Tioman ni. Nanti akan saya ceritakan lebih lanjut apa yang kami buat dalam laut tu.
First Dive – Tanjung Gemok
Lepas kami dapat bilik dan makan, kami pun turun ke kawasan set-up gears depan dewan makan. Yang mana tak ada gears, akan diberikan gears. Lepas semua dah settle, masing-masing pun berjalan ke laut. Hari tu kami buat shore dive. Shore dive ni maknanya kita akan turun dari pantai dan tidak menaiki bot. Disebabkan ada masalah telinga masa mula-mula turun tu, kami terpecah dari group dan terus join group En. Wan yang pada masa tu ada berhampiran.
Antara sampah sarap yang ada adalah mata-mata kail, botol, plastik dan segala macam yang dibuang ke dalam laut.
Symbolic Act dari Kumpulan Wings
Lepas semua group divers dah naik, Wings Dive Team yang dianggotai oleh ahli kumpulan Wings pula turun laut. Kemudian kesemua peserta diminta untuk menjemput mereka di Jeti Kampung Genting. Ada acara simbolik. Setelah mereka menaiki jeti tersebut, mereka merasmikan sebuah banner yang ditaja khas oleh mereka bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan laut.
Keep Our Oceans Clean!