Clean-up Dive Jetty Salang
Start in Tioman (Day 2) : Selepas mendapat rehat yang cukup dan breakfast pagi tu, kami bersiap sedia untuk meneruskan aktiviti diving seterusnya di Jetty Salang. Disebabkan pagi air pantai surut, maka kami dikehendaki menaiki boat di jetty. Yang perlu dibawa adalah peralatan sebab tong gas semuanya siap diangkut ke jeti. Mau patah pinggang kalau nak pikul sendiri tong gas ke jeti.
Hari ini adalah satu permulaan yang lain. Selama ni saya hanya pandai pasang gears dekat pantai, hari ini saya kena pasang gears dekat tong gas atas boat. Masa mula-mula naik boat, barang main campak-campak je, sendiri mau ingat barang letak mana. Bila dive master bagi instruction suruh pasang gears, masing-masing pun sibuk pasang. Kira first time lah dapat pengalaman ni.
Dive master, Momo bagi arahan supaya berhati-hati semasa diving sebab kami berada betul-betul di bawah jetty yang mana boat lalu lalang. Kawasan tersebut kalau jauh sikit je dah dalam gila, so kena rapat kepada jetty. Pastu pulak kena beware dengan fire coral yang berada pada tiang-tiang jetty. Kalau terkena fire coral ni mau luka dalam macam bernanah kat tengah.
Bila dah sampai jetty Salang, kami kena buat giant stride pulak. Huh, nervous! Maunya tidak, mana pernah buat giant stride kat tengah laut. Giant stride ni kita berdiri at the edge of the boat, pastu kangkang luas dan terus kecepuk dalam air. Ops, lupa nak cakap… Boat dive sama dengan ahli kumpulan Wings – Joe, Black ngan Eddie. Awie tak dapat datang pulak, kalau tak complete. Goyang jugak lutut masa nak terjun tu. Siap ada pulak yang sound dari belakang, ni macam mana boleh lulus dapat lesen ni.
Gulp, terus saya terjun dengan berani. Few seconds, timbul balik sebab BCD dah inflate awal-awal. Takde lah secuak mana lepas dah buat kan…
Makin lama boat makin jauh meninggalkan kami sedangkan ramai lagi yang tak buat giant stride. Black siap sempat buat lawak, “ni kang hanyut boat ni sampai ke Kulai”.
Time ni buoyancy macam tak dapat balancing lagi. Tapi memang cuak lah nak rapat dengan tiang tu takut terkena fire coral. Saya dan buddy kesayangan ikut Abang Zam. Masa turun dah ramai dah tengah buat operasi pembersihan. Lepas ditunjuk satu flat worm, kami meneruskan diving sehingga sampai ke kawasan ikan selar berkumpulan. Gila banyak! Feeling rasa dikerumun ikan. Ingatkan buddy saya dapat ambil gambar, rupanya sebab lighting yang tak cukup kami tak berjaya bergambar dengan segerombolan ikan selar tu.
Actually tak banyak subject pun kat Jetty Salang ni memandangkan tugasan yang diberi semua dah dibuat. Kami naik ke boat untuk pulang ke Kampung Genting.
House Reef Dive
Sebelah petang, kami dimaklumkan kami kena cover student open water. Masa turun berdekatan dengan House Reef, kami pun descend tunggu student descend. Tapi lepas student descend, sorang-sorang naik atas balik. Sebab tunggu lama sangat, Abang Amir dari Utusan bawak kami ke Damai House Reef.
Dekat sinilah kami jumpa ATM yang diletakkan di situ sebagai tukun. Kat sini juga tempat diletakkan coral yang ditanam dalam program Adopt A Coral. Dekat bawah house reef tu, kami nampak ikan besar. Tak tahulah apa jenisnya.
Petang lepas kami dah beristirehat, kami pun get ready nak tangkap gambar sunset. Halfway down, sunset ditutup dengan awan. Nasib kami baik, atleast kami dapat gambar pemandangan yang cantik.