Start in Tioman (Day 3) adalah yang paling banyak aktiviti berbanding dengan Start in Tioman (Day 1) dan Start in Tioman (Day 2). Rencana setiap pagi dah menjadi rutin buat kami semua. Bangun pagi terus bersarapan dan kemudiannya menyediakan equipments untuk diving. I’m getting used to this kind of life. Leisure sangat and I’m kinda like it. Alangkah bagusnya kalau normal life is this fun. Kami dijadualkan untuk membuat 3 dives pada hari ini iaitu di Renggis, Pulau Tulai dan Batu Jahat.
Diving in Tioman – Batu Malang
Namun demikian, terdapat perubahan perancangan yang mana kami melalukan dive di Batu Malang. Lokasi diving di Batu Malang ini umpama sebuah coral garden yang dicelah-celah batu. Hari ke-3 ni dah confident sket okay. Buoyancy pun dah improve dari Hari pertama dengan hari kedua. Cuma kami lost tak tau nak follow DM yang mana memandangkan Abang Zam tak turun pagi tu.
Ni kira first fun dive yang tidak melibatkan clean up. Free and easy aja. Disebabkan kami dalam 20 orang jugak yang turun dekat Batu Malang tu, mula lah muka kena sepak dengan fin. Ada yang pijak-pijak coral smp nak patah, terus kena suruh naik atas oleh DM. Yelah bila diving ni, kena jaga buoyancy. Kalau nak berdiri atas coral, memang habis lah coral-coral yang sedia sikit ni. Walaupun Tioman tidak boleh dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak, Batu Malang ni pun dah terasa kecantikan dasar laut ni. Ni sembang orang baru nak berjinak dengan diving.
Antara hidupan yang dapat dilihat masa di Batu Malang adalah penyu, sotong katak yang besar, nudi branch, soft and hard corals. Nama saintifik belum hafal.
Plastik Dispenser at Tulai Island, Tioman
Seterusnya kami dibawa ke Tulai Island. Cantik pulau ni.
Di Pulau Tulai, ada aktiviti pembersihan sisa pantai, sampah. Yang paling utama adalah kempen bawa balik sampah dari Pulau Tulai ke Pulau Tioman untuk dilupuskan. Bagi menyokong usaha tersebut, pihak berkuasa menyediakan plastik dispenser bagi memudahkan individu atau kumpulan untuk membawa balik sampah dan bekas makanan untuk dilupuskan di Pulau Tioman. Usaha ini bukan sahaja menggalakkan pelancong-pelancong untuk memastikan kawasan pantai bersih malah ianya juga dapat memupuk kesedaran mencintai alam sekitar.
Program ini telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk menyertai program “Adopt A Coral” yang merupakan tema bagi Start in Tioman 2012.
Tak lengkap kalau YB kita tak diberi peluang untuk mengenal dunia selam skuba.
Diving in Tioman : Pulau Jahat
Group kami merupakan group terakhir yang bergerak ke Pulau Jahat. Tengok nama pun dah gerun kan? Apabila kami tiba di Pulau Jahat, atas sebab yang tidak kami ketahui boat kami tidak mahu pergi dekat dengan persisiran pantai. Air cetek katanya. Maka kami dilepaskan untuk berenang ke Pulau tersebut. Malang sekali, ombak jahat yang kuat telah membuatkan percubaan menentang arus sedikit sukar. Dah lama mengayuh, kami tidak sampai-sampai. Akhirnya separuh daripada kami give up. Dan boat diminta untuk melemparkan tali kepada kami agar kami dapat naik semula ke atas boat.
Tercetus dalam hati mungkin misi kami diving di Pulau Jahat gagal. Semua kecuali 7 orang yang berjaya sampai naik ke atas boat with mixed feelings. To our surprise, boat tu boleh sahaja pergi ke persisiran pantai. Namun, cuaca kian gelap. 7 orang yang berjaya tadi nekad untuk meneruskan diving. Saya sudah dismantle equipments, in 3 minutes dah siap pasang untuk turun semula.
Kami diingatkan batu di sebelah kanan.
Turun sahaja di situ, ternyata satu keindahan terbentang dengan batu-batu yang dilitupi dengan coral. Sea fans yang pelbagai jenis dan ikan-ikannya yang unik. Disitu juga terdapat gamat lipan yang sebesar bantal peluk. Nudi branch pun banyak. Kami menyelam berdekatan dengan bongkah batu. Pelbagai aksi dapat dilihat. Dalam banyak-banyak tempat dalam trip ni, Pulau Jahat adalah yang paling cantik antara semua. Tapi orang Tioman kata, Labas is the best diving spot in Tioman. But then again, it depends on what you like to see.