Trip pertama kali ke Sabah tidak saya luangkan di Kundasang atau mendaki ke Gunung Kinabalu mahupun ke Pulau-pulau di Sabah yang terkenal kerana ingin mencari kelainan. Jadi saya ke Sandakan mencari orang utan dan booked Uncle Tan’s Kinabatangan Tour bagi 3 hari 2 malam. Kalau di Sandakan, selain Orang Utan Rehabilitation Centre Sepilok, nama Uncle Tan memang dikenali ramai. Uncle Tan dah dalam business Kinabatangan Tour dah 18 tahun. Memang lama. Reputation tip top.
BAS DARI KOTA KINABALU KE SANDAKAN
Bila diberitahu terminal bas Inanam terletak agak jauh dari bandar Kota Kinabalu, saya menaiki bas di hadapan Shopping Mall di Kota Kinabalu dan mengambil masa kalau tak silap dalam 30 – 45 minit depending on traffic.
Saya suggest supaya check terlebih dahulu tiket bas ke Sandakan kerana takut sold out dan takut menunggu lama. Bas Pelangi dari Kota Kinabalu ke Sandakan bertolak jam 8pg, 4ptg & 8mlm. Bus journey ambil masa dalam 7-10 hours.
UNCLE TAN’S KINABATANGAN TOUR
Kalau nak ke Uncle Tan’s Ops Base & B&B, beritahu saja pemandu bas nak berhenti di Simpang Sepilok. Masa saya tiba di simpang sepilok tu pulak, memang tepat jam 12 tgh malam. Ah, sudah. Out of nowhere dalam kegelapan malam. Lampu jalan pun tak nampak. Lepas tu dengan bunyi cengkerik & haiwan-haiwan lain lagi menambahkan rasa takut yang memang ada dalam diri. Nasib baik handphone saya masih berfungsi, saya cuba call Uncle Tan’s Ops Base tapi panggilan tidak dijawab. Jadi saya nekad berjalan mencari Uncle Tan’s Ops Base sampai call kawan saya di Kuala Lumpur supaya kalau jadi apa-apa, ada orang tahu. Uncle Tan’s Ops Base return call dan kemudiannya hantar guard untuk jemput saya half way. Malam tu saya tidur nyenyak dalam dormitory Uncle’s Tan dengan harga RM38.
Esok awal-awal pagi saya ke Sepilok dengan shuttle yang disediakan oleh Ops Base. Kemudian balik semula ke Ops Base untuk menunggu ahli-ahli group yang lain. 10 orang kesemuanya dan saya wakil tunggal dari Malaysia. Sebelum berlepas, lunch disediakan dulu. Dengan perjalanan yang mengambil masa 1 jam 45 minit, akhirnya kami sampai di pelabuhan untuk boat transfer to Uncle Tan’s Camp.
And yes, our first Uncle Tan’s Kinabatangan tour began. Sebelum tiba di camp, kami dibawa melihat pemandangan di Sungai Kinabatangan yang terkenal dengan buayanya. Tipulah kalau saya cakap saya tak cuak. Kami semua cuak naik bot yang biasa tu dengan buaya-buaya di sungai. Ada beberapa kali kami nampak mata-mata yang bersinar di atas permukaan air. Confirm lah itu Pak Ya.
Dalam 45 minit, kami sampai di Uncle Tan’s Camp dan terus dibawa minum petang. Kemudiannya kami ditunjukkan tempat kami yang merupakan pondok kecil yang tak ada pintu. Ada tiga tilam nipis di setiap satu pondok yang dilengkapi dengan kelambu. Depan bilik ada satu tong bertutup untuk simpan makanan. Nak elak dari dicuri binatang katanya. Since foreigners tu semua dah belasah tilam yang tepi dinding, saya terpaksalah ambil tilam yang bertentangan dengan hutang paya bakau yakni yang tengah tu.
Malam tu lepas dinner, kami menyambung Uncle Tan’s Kinabatangan Tour dengan night safari. Nampak kelawar, burung-burung, civets, of course Pak Ya. Otter, birds dan macam-macam lagi. Menarik sungguh aktiviti macam ini. Kalau di Semenanjung Malaysia, sudah dah nak cruise sungai dan nampak rare species.
Malam light off. So phone kena charge sebelum tu. Nak kencing pun kena pergi sebelum tu. Masa nak tidur pulak seksa. First, sebab panas kemudian bila dah gelap, binatang macam tikus datang tepi telinga berbunyi. Scary kut. Kalau dalam hutan pun tido khemah xde pintu mana ada haiwan berani nak dekat sebab dah letak belerang. Tapi di Uncle Tan’s Camp, it’s spartan rule everywhere.
(Maaf gambar goyang sebab dalam boat dan tak cukup lighting.)